alhamdulillah
hidup aku penuh dengan dugaan & ujian.. syukur alhamdulillah aku masih mampu menghadapi semua yg telah terjadi walaupun apa yg selama ini ku jaga hilang jua.. menangis sepuas2 nya hanya utk seketika sekadar untuk melepas rasa.. tetapi bukan untuk selama2 nya… aku masih ada banyak masa untuk memperbaiki apa jua kesilapan lalu… hanya ku mohon pada Yang Esa.. panjatkan usia ku agar dapat ku menebus segala dosa lalu…
hati masih menyayangi dia.. Ya Allah.. kuatkan semangat aku untuk menghadapi apa jua ujian mu Ya Allah.. kerna terlalu sayangkan dirinya dan terlalu kecewa ditinggalkan.. aku menerima sesiapa yg cuba hadir dalam hidup ku.. tetapi.. akhirnya aku sendiri yang binasa.. memang aku salahkan diri dia sbb kerana dia yang memulakan dunia hitamku… apabila aku cuba mengajaknya keluar dari dunia hitam, dia lak pergi tinggalkan aku yg terlalu sayangkan nya.. aku tahu.. mungkin ada hikmah di sebalik semua ini tp aku hampir kalah.. aku dah tak larat nak menghadapi semua ni keseorangan… aku masih perlukan diri nya.. aku ikhlas menyayanginya ttp ada insan lain yang lebih berjaya merubahnya.. apa2pun aku ttp doakan kebahagiaannya wpun hati aku sendiri yg parah… aku cuba untuk putuskan persahabatan dgnnya ttp aku menyesal.. aku sunyi. takpe lah… aku rasakan dia lebih bahagia jika aku terus2an tidak wujud lagi dalam hidupnya… hmmm… masalah terkini masalah yang terlalu berat untukku… aku tak mampu untuk luahkan pada semua… biarlah ia menjadi diari buruk ku yang akan ku bakar suatu hari nnt… oo ye… berkenaan abg mat.. dia dah selamat rujuk semula dengan jandanya.. semoga berbahagia selamanya… minggu ni uya dah nak kawen.. aku kehilangan lg sorang teman utk berborak sebelum tido.. mlm td time tdo dgn uya.. aku cuma mampu menahan sebak dlm gelap bila uya memberi kata2 semangat dan simpati atas apa2 yg telah terjadi ke atas ku selama ini..thanks uya… semoga alam perkahwinan nya sentiasa manis dan diberkati selalu.. Amin.